Tuesday, November 12, 2013

KENAPA BUAH DELIMA?

Kenapa buah delima? Kenapa ? Dan kenapa? Mungkin disebabkan buah delima ni adalah buah dari Syurga.

Sabda Nabi Muhammad SAW,maksudnya: 
" Buah delima adalah penghulu buah-buahan.Sesiapa yang makan buah delima maka syaitan menjadi marah selam empat puluhhari.Kerana jika syaitan makan buah delima, maka dia tidak diikuti oleh serangpun"

Firman Allah SWT Dalam Surah Ar Rahman 66-68:
"Didalam kedua syurga itu terdapat mata air yang memancar keras terus menerus. Maka tanda tanda kekuasaan Tuhan kalian yang mana lagi yang akan akan dustakan. Didalam keduanya juga terdapat buah-buahan,serta pohon-pohon kurma dan delima"

Delima adalah satu buah yang sukar di perolehi di Malaysia dan Asia Tenggara, walaupun ia boleh hidup dan berbuah tetapi kualiti dan rasanya tidak setanding dengan buah delima di kawasan Timur Tengah. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha,buah delima dikatakan buah yang berkatselain daripada buah limau dan pic.

Di China pula, Buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, Keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati .Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap labang kesuburan,kemakmuran dan keturunan besar.

Dalam Islam pula, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat didalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaa-Nya sebagaimana yang termaktub dalam firman Nya didalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141 dan surah Ar Rahman ayat 68.

Dalam sebuah hadis mauquf dan marfu, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa buah delima termasuk dalam buah syurga.
"Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima Syurga. Jika terjatuh salah satu biji daripadanya,maka ambillah. Tidklah satu biji buah Delima masuk kedalam perut seorang muslim melainkan biji buah delima itu akan meneranginya  selam empatpuluh hari"

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan Jus Buah Delima sila Lawati Lamn Web ini --> www.zarashaili.com
atau ke laman blog ini ---> jusdelimawangi.blogspot.com